Wednesday, September 15, 2010

Hari raya for Bibik Part IX

Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI | Part VII | Part VIII



Salam lebaran Bibik ucapkan kepada pembaca belog ini, jika masih ada yang sudi membaca.

Seperti tahun-tahun yang sudah, Bibik masih lagi setia untuk mencoretkan kisah hari lebaran Bibik di belog ini.

Pada tahun ini, Bibik bercuti agak lama sedikit.  Sebenarnya, cuti yang Bibik mohon hanya 2 hari (1 hari sebelum raya, dan 1 hari selepas raya).  Tetapi hero kecil Bibik telah menyebabkan Bibik bercuti 1 hari lebih awal.  Hero kecil Bibik sebenarnya hendak tumbuh gigi (sudah berusia 8 bulan tetapi 1 batang gigi pun belum tumbuh) dan dia menangis kesakitan sepanjang malam Selasa (7 Sep 2010).  Bibik hanya dapat melelapkan mata selama 2 jam sahaja pada malam itu kerana hero kecil Bibik sentiasa hendak menyusu (iya, hero kecil Bibik masih lagi menyusu badan).  Paginya pula, badan Bibik terasa kurang sihat dan rasa badan Bibik kurang hidrat (dehydrated).  Pabila ke klinik, doctor bilang tekanan darah Bibik agak rendah dan tonsil Bibik sudah merah (tanda hendak demam/batuk).  Jadi Bibik diberi cuti sakit pada hari itu (yeaaahoooo!).

Kami sekeluarga telah beraya di rumah keluarga Bibik pada pagi raya.  Kami memulakan persiapan memasak pada hari sebelumnya.  Tahun ini, Bibik telah dikecualikan daripada tugasan memasak dan mengemas kerna Bibik menjaga hero kecik Bibik.  Tambahan pula, Bibik telah mengambil saorang bibik tua (BiTu) untuk menguruskan kerja-kerja rumah dan menjaga hero kecik semasa Bibik ke kantor.  Jadi BiTu lah yang membantu Ibuk dan Cik Puan di dapur.

Raya tahun ini agak meriah dengan kehadiran hero kecil Bibik.  Perhatian semua telah tertumpu kepadanya.  Ibuk, Cik Puan, BiJu dan bapanya sibuk melayan kerenah hero kecil Bibik.  Jeritan hilai ketawa memenuhi setiap ruang rumah pabila melihat hero kecil Bibik yang berbaju melayu teluk belanga berwarna merah dan bersamping hitam itu membuat telatah-telatah lucunya.  Habis balang-balang kuih dicapainya dan sampul duit raya dimakannya.

Pada petang hari raya, kami telah pulang ke rumah mertua Bibik di Hulu Langat.  Sekali lagi hero kecil Bibik menjadi perhatian ramai.  Kami semua dikejutkan dengan aksi "hero" oleh hero kecil Bibik pabila dia tiba-tiba merampas puting daripada mulut sepupunya.  Budak lelaki yang berusia setahun lapan bulan itu terus menangis sekuat-hati dan hero kecil Bibik hanya tersenyum sipu... Gawat Bibik dibuatnya!  Kecil-kecil sudah tunjuk lagak...

Oleh kerna terlalu banyak menelan sisa-sisa sampul duit raya pada hari raya, kami telah menjumpai sisa-sisa sampul duit tersebut didalam najis hero kecil Bibik pada malam raya berkenaan.  Ada cebisan berwarna merah, biru, kuning dan hijau!  Sakit perut kami ketawa pabila kami sedang menukar lampin hero kecil Bibik malam itu.  Yang paling kelakar pula, hero kecil juga turut ketawa pabila melihat mummy dan daddy nya gelak besar.  Kartun sungguh hero kecil Bibik itu.

Begitulah cerita lebaran Bibik pada tahun ini.  Memang meriah sekali dengan kehadiran anggota keluarga baru.  Diharapkan kalian semua menyambut lebaran tahun ini dengan meriah juga disamping keluarga tercinta.

Hingga ketemu lagi di tahun hadapan... Daaaa....




binx: korek duit raya...

2 comments:

NinJaMoo said...

Haha! How cute! Sounds like you had a wonderful Raya with the family!

llanslez said...

babe, i link you to QnR's blog eh?