Wednesday, October 17, 2007

Hari Raya for Bibik - Part V



Assalamuaalaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca belog ini.

Lebaran tiba lagi tahun ini. Tetapi kali ini mungkin Bibik tidak menjalankan tugas Bibik seperti dahulu kala karna Bibik terlalu sibuk dengan kerja di kantor dan juga karna Ibuk tidak percaya kepada Bibik untuk memasak hidangan juadah raya pada tahun ini. Ibuk telah 'single handedly' menyiapkan segala juadah untuk hari lebaran tahun ini. Bibik hanya nolong menyental kuali dan periuk nya sahaja.

Pada pandangan Bibik, lebaran kali ini tidak begitu meriah. Mungkin karna Bibik tidak pulang beraya ke kampung dan hanya beraya di hadapan TV. Mungkin juga karna Bibik tidak dapat pergi bersama sembahyang pada pagi raya karna Bibik telah mendapat "red flag" pada malam raya. Mungkin juga karna pacar Bibik juga tiada untuk kunjung ke rumah karna dia terpaksa berkerja pada pagi raya pertama dan kedua (Bangla di kantor minyak pun dapat cuti tau).

Jadi hanya pada hari raya pertama sahaja Bibik agak ribut untuk membasuh pinggan di dapur serta melayan tetamu yang hadir. Nasib baik baju raya sempat Bibik sarung. Jadi dapat juga lah Bibik kelihatan 'vogue' sambil menyental pinggan di dapur... :)

Pada hari raya kedua, Bibik serta keluarga hanya bersantai dihadapan TV sahaja. Bukan melayan program raya pun... Kami lebih asyik mengikuti perkembangan Angkasawan negara, Dr yang sangat gantang itu di TV. Waduh waduh... Bangga sungguh Bibik pabila melihat Dr yang gantang itu muncul di hadapan kamera pabila dia sampai ke stesen angkasa lepas antarabangsa itu. Ada juga anak Malaysia yang berjaya sampai ke angkasa lepas kan. Bibik kagum... Bibik kagum...

Pada awalnya, Bibik sekeluarga merancang untuk melawat keluarga pacar Bibik pada hari raya ketiga. Tetapi pada awal pagi nya itu, kami menerima SMS dari bapak Bibik yang mengatakan bahawa nenek Bibik di Johor sedang sakit tenat dan menyuruh kami pulang segera. Jadi terpaksalah Bibik melupakan hajat untuk merasa laksa johor buatan 'future MIL' Bibik karna terpaksa pulang ke kampung.

Setibanya kami di kampung, kami melihat keadaan nenek tidaklah seteruk yang disampaikan. Pabila adik Bibik (ala... ingat nggak kepada Biju..?) curik2 memeriksa talipon bimbit bapaknya, dia terjumpa satu pesanan bapak kepada adiknya yang menyatakan bahawa dia ingin men'trick' anak2 nya ini untuk pulang ke kampung dengan menyatakan bahawa nenek mereka sakit tenat. Sungguh menyirap darah Bibik, Biju dan Cik Puan pada masa itu. Kami tidak sangka yang bapak kami sanggup menipu sebegitu rupa hanya untuk menyuruh kami pulang ke kampung. Jadi, tidak panas lagi punggung kami di kerusi, kami terus meminta izin untuk berangkat pulang. Itu pun selepas meng'confirm'kan yang nenek tidak sakit teruk. Bibik rasa kami duduk di dalam mobil lagi lama (ya ampun.... banyak sungguh mobil di jalanan waktu kami pulang ke Kuala Lumpur).

Begitulah cerita nya lebaran Bibik pada tahun ini. Ianya tidak lah semeriah lebaran-lebaran yang sudah. Tetapi Bibik masih lagi bersyukur karna dapat merayakan nya pada tahun ini bersama keluarga. Ini mungkin raya terakhir Bibik sebagai 'ms bibik' insyaallah. Jadi kena lah Bibik meng'fully utilise' nya sebaik mungkin.

Bagaimanakah lebaran kalian pula?



Part I | Part II | Part III | Part IV




bibik: sudah pandai speaking london you... jgn marah...

5 comments:

ubisetela said...

Itu namanya dugaan di hari raya bik.. bik usah marah-marah ya...

Tahun depan bibik beraya di rumah mertua ya??

Anonymous said...

ku tunggu-tunggu entry ini. bak kata orang putih, "the most awaited blog entry".

entah mengapa tahun ini, berdiri sebentar saja di sinki..sudah terasa sakit kakinya dan pinggangnya juga. mungkin petanda sudah tua, umurnya suda meningkat.

*masih mencari-cari tukang urutin. Note: ngak mau wak karto, Dr ganteng ..boleh sajaaa..

Anonymous said...

jaja binx.. selamat hari raya & congrats on passing your CIMA. berjaya jugak akhirnya.

next kawin la.. fewwitt!!

- eddie

nong said...

Jaja...
it's been a while since I last read yr blog (last skali in 2005 I think). Now, am back. Wah, so many things are happening!!! With you passing CIMA, nak kawen dah pun!!!! Oh my. I have a lot to catch up...

Selamat Hari Rayaaa!!

binx said...

ibuk ubisetela:

oooh tidak..
mesti laa beraya di rumah ibuk bibik...

:D


bibik teek:

mau suruh angkasawan gantang urutin? ermm bibik baru 'found out' yang angkasawan gantang itu sebenarnya tidak suka perempuan (if u know what i mean)... bagaimana ya bik?


bapak eddie:

terima kasih atas ucapan itu..
ya akhirnya bibik berjaya... finally...


ibuk nong:

terima kasih karna masih singgah ke blog ini. bibik sgt berbesar hati karna ibuk masih mau singgah...

:D