Salam hari raya aidiladha kepada semua...
Sekali lagi Bibik muncul, mungkin kali ini agak lewat dikit karna terlalu banyak peristiwa yang telah berlaku dalam beberapa hari yang sudah.
Tugas Bibik pada raya kali ini sudah bermula dari hari Jumaat lagi, di mana Biju (Bibik Junior) tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu bilik Bibik dan meminta Bibik memasakkan 'Fettucini Carbonara' untuknya karna dia mengidam (Eh.. kok kamu ingat Bibik tidak pandai masak masakan internasional ya?). Memandangkan pada ketika itu Bibik pun juga lapar.. Bibik turuti permintaannya. Tetapi sebelum itu Biju telah meminta Bibik menolongnya menyediakan 'Fruit Trifle'. Ada-ada saja lah Biju itu... Nasib baik Bibik dibantu oleh nya.. Jika tidak memang Bibik 'go on strike'.. (waduh waduh.. Jangan main-main ya, Bibik sekarang sudah pandai speaking.. hehehe)
Habis licin 'Fettucini Carbonara' kami makan. Dan lega juga perasaan Bibik karna dapat menunaikan permintaan Biju, karna pada tengah malam itu, Biju dan pacarnya telah dilanda malapetaka yang sungguh mengerikan....
Sungguh terperanjat Bibik apabila mendapat perkabaran bahawa Biju dan pacarnya telah diserang oleh 6 orang mat rempit pada malam itu. Mereka dalam perjalanan ke mobil pacarnya dari kedai mamak di Bangsar pabila mat-mat rempit itu menyerang mereka. Pacarnya dipukul, dihentam, diterajang dan dicampak ke dalam longkang. Biju pula telah ditusuk-tusuk badannya dengan 'screwdriver' pabila dia melawan dan cuba memegang erat tas tangan nya daripada diambil oleh mat-mat rempit itu. Mat rempit yang kurang ajar itu telah menusuk bahu Biju dengan screwdriver sehingga belubang dan berdarah yang amat banyak dan terpaksa di jahit oleh doktor dengan 4 jahitan. Syukur ia tidak terkena urat saraf di leher Biju... Dan syukur kedua mereka selamat dan masih bernyawa, cuma tas tangan Biju yang berisi dompet, handphone, camera nya sahaja yang diambil.
Terus, dengan Biju yang terlantar sakit, hanya tinggal Bibik, Ibuk dan Cik Puan sahaja untuk menyediakan persiapan untuk hari raya. Syukur kami sekeluarga hanya raya dengan sederhana sahaja, maka tidak banyak yang perlu dimasak - cuma kuah kacang, sambal udang dan sambal sotong sahaja. Itu pun sudah mencukupi.
Pada hari raya (Ahad), Bibik sekali lagi tidak sempat pun mengenakan baju raya/baju kurung. Pada mulanya Bibik sibuk menyediakan makanan di pagi raya. Kemudian, selepas dipersetujui oleh semua, Bibik sibuk menyediakan daging lembu, daging kambing dan ayam yang diperap untuk diBBQ pada malamnya. Malah Biju yang masih kurang segar juga turut membantu walaupun kerap menggelar dirinya sebagai OKU (orang kurang upaya). Tetapi segala penat lelah Bibik dan keluarga amat berhasil pabila tetamu yang hadir (saudara-mara) berkumpul ramai-ramai dihalaman belakang rumah Bibik pada malam itu. Sungguh seronok sekali berkumpul dan menjamu selera begitu. Dan upacara kemuncak pada malam itu adalah pabila kami beramai-ramai menyaksikan persembahan bunga api yang menandakan kemunculan tahun baru dari pusat membeli belah berdekatan.. Sungguh asyik sekali kami semua memandang ke langit yang berwarna-warni sambil memakan ice cream yang sungguh enak sekali.. hehehe..
Begitulah kisah Bibik pada hari raya kali ini... Ada suka... Ada duka.. Tetapi Bibik bersyukur karna musibah yang melanda kami sekeluarga telah membuatkan kami lebih kuat dan rapat. Alhamdulillah...
Kini sudah pun masuk tahun 2007. Bibik harapkan tahun yang baru ini akan memberikan lembaran yang baru buat Bibik sekeluarga. Juga buat teman-teman yang membaca blog ini. Bibik juga doakan agar negara ini kembali pulih seperti dahulu. Diharapkan agar mangsa-mangsa banjir mendapat bantuan yang sepatutnya dan penyiksaan mereka akan berakhir dalam masa yang terdekat ini.
Sehingga kita ketemu lagi di raya yang akan datang. Jaga diri baik-baik ya... Jangan jadi mat rempit...
Oh ya.. dan tolong sampaikan salam Bibik kepada Ferdi dan rakan-rakan (Bawang Merah Bawang Putih) yaa.. Tolong bilang padanya, sudah-sudah laa berlakon itu sinetron karna sungguh bosan Bibik mendengar semua orang mengobrol tentang sinetron itu. :p
Daaaaa.....
Part I | Part II | Part III

13 comments:
waduh, ya ampun sekali... beta amat kasian bangat sama Biju sama pacarnya.
moga2 biju kelak sembuh.
moga ketemu lagi bibik di lebaran mendatang.
wow..dat bad eh the attck on ur sis...what did d police say?
waduh waduh...dasyat bangat, kalah sinetron. Smoga biju & pacarnya lekas sembuh. rehat selaluu (boleh dikerah tenaganya kendian & kelak sihat buleh dihantar fruit triflenya ke rumah saya)
saya sudah pk bibik binx mesti membelog waktu2 raya sebegini. saya ngak buleh lagi, ibuk takut saya jumpa teman online dan lari. hehehehe.
bapak raja:
trima kaseh ya pak raja..
ya moga ketemu lagi nanti...
bapak mael:
yaa.. mmg teruk sekali..
bapak polisi nya tidur pabila Biju pergi ke pondok polisi di Bangsar itu.. mereka tidak boleh buat apa2.. hanya tunggu saja laa...
bibik teek:
eh org sakit2 pun disuruh hantar makanan pada kamu.. sungguh keji kamu ini lah.. :p
ibuk kamu sungguh bijak orgnya.. dia tau bibik nya sungguh miang... hehehe...
Waduh.. kasian banget sama biju dan pacarnya. Semoga mereka lekas sembuh.. bibik jaga biju baik2 ya.
Bibik, aku nggak ngerti kenapa mereka gila banget sama Ferdi & cowok2 dalam sinetron itu.. semuanya jambu dan nggak macho langsung!!
waduh kasihan sungguh mendengar crita yg kalah sinetron itu! harapnya biju sudah sihat..keji sungguh mat2 rempit itu ya..ngeri gue dengar ini crita! :-(
wah, bibik pandai masak ala italiano! hebat ya bibik! :-D
bibik.. boleh diupah tenaganya dirumah saya di lebaran akan datang?? hehe.. semuga Biju dan pacarnya tidak trauma ya selepas ini..
-Tuan Puteri-
ibuk ubisetela:
mereka sudah sembuh.. cuma biju itu biasalaaa mahu mengada sama bibik.. anak bongsu lar katakan..
mmg nggak macho.. ntah laa bibik pun nggak tahu apa tarikan sinetron itu..
ibuk marinadelrey:
mmg ngeri.. jadi ibuk karna berhati-hati ya ketika keluar berjalan.. pesan sama bapaknya juga ya..
eeh.. tgk kaki lar.. ini bibik bukan sebarang bibik.. ini bibik internasional tau..
:D
ibuk tuan puteri:
buleh saja.. cuma ongkos nya biar lebat ya ibuk, baru ada motivasi dikit mahu kerja... :D
biju masih dikit trauma.. masih sukar mahu tidur malam.. insyaallah segar tidak lama lagi..
ya Allah ja
kesiannya your sister
i hope she gets better soon
what a way to end the year
reminds me of masa Llan kena attack gak
also with a screw driver
masa dia gi pandai2 terjah mamat yg tengah pecahkan keta dia
seb baik tak jadik apa2
it's just that the car punya cermin pecah, touch n go kena rembat and then dia luka sket kat perut
masa tu end of yr 2003
huhuhuhuhuhu...
cik_dee:
thanks for ur concern dear..
she's ok now..
dah bley klua2 dah...
mengada aje lebih.. hehehe
yeah i remembered u told me bout the incident dulu.. horror kan..
sorry to hear abt biju and pacar.
hopefully they feel much better by now.
bolehkah meminta resipi pasta itu? *wink*
Serious... Mat Rempit attacking your sis. Sorry to hear that. Hopefully she's getting better now. I'm sure she's traumatised by the incident.
ibuk freak & geek:
trima kasih ya.. ya mereka sudah sihat..
resipi pasta? bisa saja.. tetapi bibik nggak rujuk resipi.. main campak2 saja.. hehehe..
bapak amir:
iya.. mmg trauma masih..
trima kasih kasih atas simpati bapak ya..
bapak 367:
waduh.. sungguh lama tidak nampak kelibat bapak ya.. masih sibuk ya? ke kerna asyik makan di warung williams' itu saja?
trima kasih atas ucapan tahun baru itu ya.. diharap bapak juga menempuh tahun baru dengan kabar yang enak2 sahaja.. mungkin bibik mendapat jemputan makan nasi minyak ka tahun ini?
*kenyit mata*
Post a Comment