Saturday, November 05, 2005

Hari Raya for Bibik



Bibik sungguh gembira sekali tahun ini karna dapat menyambut hari raya dalam keadaan sihat serta bahagia disamping keluarga. Alhamdulillah tahun ini Bibik telah dapat menyempurnakan ibadah puasa dan terawikh secukupnya. Dan dengan itu Bibik berasa sungguh bersyukur kerana diberi kekuatan untuk berkerja lagi pada hari raya.

Pada pagi Raya, Bibik telah ke masjid di tempat Bibik tinggal bersama-sama Ibuk serta Cik Puan untuk menunaikan sembahyang sunat aidilfitri. Oleh karna terlalu penat mengemas rumah pada malam sebelum nya, Bibik tersengguk-sengguk terlelap ketika Pak Imam membaca khutubah aidilfitri nya yang panjang berjela dan disertai alih bahasa ke dalam bahasa Urdu. Bibik terasa sungguh boring sekali ketika itu kerana apabila Bibik melihat jam tangan Bibik, jarum nya telah menunjukkan dekat jam 10 pagi. Padan lah perut Bibik telah bergendang semenjak tadi...

Selesai khutubah yang panjang itu, kami pun berangkat lah pulang ke rumah. Kami terpaksa mengharungi sedikit kesesakkan karna warga kampung bibik sungguh ramai sekali turun bersama-sama mengerjakan sembahyang sunat itu. Alhamdulillah...

Setelah sampai ke rumah, Bibik telah menolong Ibuk memasak sayur lodeh untuk hidangan pagi itu. Sungguh lazat sekali lodeh yang di masak Ibuk. Jika tidak percaya, lihatlah gambar dibawah.





Habis sudah kami menjamu selera, tetamu pertama sudah memetik loceng di luar pagar. Maka dengan rasmi nya bermula-lah tugas Bibik pada pagi itu. Itu belum sempat Bibik menukar jubah yang dipakai ke masjid kepada baju raya Bibik. Maka di sinsingkan saja lengan jubahnya dan dicapai sepan yang bersabun untuk membasuh pinggan-pinggan yang kotor. Aduh.. sungguh sedih sekali perasaannya.

Oleh karna ini lah kali pertama Bibik bertugas pada hari raya, banyak benda yang bibik terlupa untuk dibuat. Maka, adalah tomahan dan cacian gurauan dari teman-teman Ibuk yang telah dilemparkan. Ada yang mahu rekomen kepada Ibuk agar dinaikkan gaji.. Ada yang suruh diberi bonus lebih.. Tapi pabila ada bunyi pinggan jatuh yang sungguh kuat, semuanya sebulat suara suruh Ibuk memotong gaji Bibik.. Aduh... Tetapi memandangkan hati Bibik ini tulus suci (chewah) untuk menunaikan tugas, maka tidak Bibik ambil endah semuanya. Tambah Bibik lagi bergurau sama mereka adalah...

Sesudah Zohor baru lah Bibik berpeluang menyarungkan baju raya Bibik yang sungguh gelamor itu. Malangnya apabila ramai tetamu Ibuk dan Cik Puan hadir, tempat Bibik hanya di dapur, maka hanya mereka yang ke dapur sahaja yang nampak Bibik yang gelamor itu. Baju yang lawa itu hanya menjadi apron dan sekali sekala menjadi kain lap apabila Bibik sedang ribut membasuh pinggan.





Itu lah nasib Bibik pada hari raya pertama. Selepas berhempas pulas selama 3 jam di dapur, baru lah Bibik dapat duduk untuk menjamu kuih-kuih raya yang terhidang. Nasib baik pandangan Bibik di jamu dengan bunga-bunga yang kembang indah yang Bibik beli hari sebelumnya. Maka, sejuk sedikit hatinya. Nggak mengapa.. Bukannya selalu Bibik begini.. Selalunya Bibik bekerja di kantor berhawa dingin dan duduk saja di kerusinya sambil memetik papan kekunci sehari-hari. Jadi sekali-sekala tukar profesyen ini menarik jugak lah..




Itu sahaja kisah dari Bibik. Di harap kalian semua menyambut raya yang meriah pada tahun ini. Jika kalian senang dan kelapangan sila lah singgah di teratak Bibik...

Hingga ketemu di lain kali.. Daaa...






bibik: jari-jari ku sakit semua.. karna berkerja sehari-hari...


15 comments:

Anonymous said...

ya ampunnn bik,

kok ramai sekali teman-teman ibuk bibik ke rumah yeah.

bunga yg kembang mekar itu sungguh menarik utk dilihat ;)

cakapaje said...

salam lebaran ya dari saya di seberang longkan monsoon. Kok, ada bibik berhajat mahu berpindah lokasi pekerjaan?

Kebetulan, saya jugak sedang mencari bibik :)

Anonymous said...

bik, kerja baik-baik ya... nanti saya suruh Ibuk bagi bonus... dengan itu nanti saya pulang, saya tidak perlu amik alih tugas bibik... saya tidak rela bik! TIDAK!!!


p/s:gila teringin kuah kacang dowh! aunty yah plak tak tau buat...*sob*sob*

binx said...

king:

mmg ribut sekali keadaannya dirumah bibik.. tamu nya semuanya enggak mahu pulang.. sungguh selesa bangat rumah bibik mungin kali.. mau saja bibik halau dgn penyapu.. hehehe



cakapaje:

kok mencarik bibik ya? mengapa tidak pergi ke agensi saja ambil saorang bibik.. mudah.. lagi kalinya, bibik disitu well-trained gitu.. wah bibik berbahsa inggeris gitu.. :D

jika kepingin bibik ini juga.. kena sediakan wang gajiannya lebih dari rm2 ribu sebulan.. apa bapak setuju?

binx said...

lil sis:

waduh waduh waduh.. mana boleh begitu..
bibik ini kijera sementara sahaja.. tunggu kamu pulang dan sambung tugas nya.. selepas kamu pulang bibik boleh jadik ma'am pulak.. tapi.. pasal bonus itu bibik setuju.. :D

sis, balik laa n we raya together ok.. we all tak sempat salam raya lagi pun tau.. tangkap gambar berbaju raya lagi laa tak sempat kan.. so when u balik, we raya once again ok ;)
dun worry, kuah kacang byk lagi dlm fridge :D

Anonymous said...

apa nanti saya lagi jadi bibik, babu sama supir?! waduh! enggak bisa la begini... kalau begitu saya harus bilang sama Ibuk yang saya sebenarnya sudah nikah... jadi saya harus luangkan masa bersama suami kerna tanggungjawab ke atas suami itu lebih penting!

muahahaha... dejavu lawak ema...


p/s: nak baju raya baru yang vogue baru bley amik gambar

Anonymous said...

sama gitu luahan hati kita.
bibik di sini naik sakit pinggangnya berdiri lama bangat di sinki dapur. itu bibik kecik (nama orangputihnya "brat") ngak mau nolong mencuci.

binx said...

lil sis:

wah mau mengikut jejak si ema.. tidakkah kamu pikir yang nanti ibuk akan pelangkung kepala kamu pabila kamu menyampaikan perkabaran itu? muaahaha..

baju vogue tuh beli sendiri laa babe
:p


bibik teek:

kamu ini bisa saja mengikut apa saje yg bibik binx buat ya.. tapi tak mengapa.. kita mmg kawan setongkang.. hehehe..
mau diurutin nggak pinggang nya.. saya boleh tolong panggil kan wak karto suruh tolong urutin.. :D

binx said...

bapak 3anam7:

waduh waduh waduh..
sakit gigi pun dibayar ya pak..
buleh lah gitu.. gigi saya ini bisa dipolish bagi berkilat... asyik bangat..
tapi pak.. tambang naik tongkang dan air asia, air asia lagi murah.. jadi apa kata hantar saja kami naik belon.. :D

Azmir Ismail said...

Waduh, nampaknya enak sekali :-) Gue nak dtg :-) Bila ya open housenya ? ;-)

Anonymous said...

pak 3six7:wah wah..ada dental! bagus sekali. mau demand epf jugaa..

bibik binx: sapa itu wak karto mau urutin-urutin? ngak bisaaa. bukan muhrim nanti dipelankong oleh ibuk.

binx said...

omecool20

mana ada open-open haus.. pintu nya mmg buka saja.. tapi kalu mau datang, makanannya jangan lupa dibawa sekali ya.. bibik sediakan pinggan & cawan kertas serta sudu plastik
:D


bibik teek:

ibuk kamu pun main pelangkung juga ya.. muahaha...

Anonymous said...

kepada bapak 367 , bibik teek sama bibik binx kalau mau naik tongkang jgn lupa mintain kerja sama agensi saya.

Kami menyediakan perkhidmatan tongkang, tambang bisa diurus, pokoknya pokok kelapa sawit!

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Jaja...

binx said...

dsaint:

tidak pak.. bukan salah belog..
cumanya bibik tumpang belog si binx ini untuk melepaskan perasaan saja.. jgn terkejut ya pak..

(dude.. u understand ke?) *winks*



pak raja:

waduh pak raja ini.. sempat lagi menjaja perusahaan nya di belog ini.. pak, tajaan itu bukan percuma ya pak.. duit raya nya mana? kapan bapak pulang dari laut, duit raya nya nanti bagi bibik yaaa :D



bob:

selamat hari raya, pak..
ermm jaja nggak ada..
bibik binx ada lah..
;-)