Monday, October 05, 2009

Hari raya for Bibik Part VIII



Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V | Part VI | Part VII


Salam kepada semua pembaca belog ini (jika masih ada pembaca)...

Pertama sekali Bibik ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua. Hari lebaran pada tahun ini sungguh berlaian buat Bibik karna Ibuk dan Cik Puan telah pergi untuk mengerjakan Umrah dan yang tinggal hanya Bibik dan Biju sahaja.

Jadi Bibik terpaksalah beraya bersama keluarga suami Bibik sehingga hari raya yang ke-4. Waduh... sungguh capek Bibik dibuatnya. Ku sangkakan jika beraya disana, Bibik tidak perlu kerja terlampau kuat kerna ibu mertua Bibik mempunyai bibiknya (kita gelarnya bibik muda, atau bida) sendiri. Tetapi lain yang disangka lain pula yang jadi.

Rupa-rupanya bida itu tengah asyik masyuk bercinta dengan kontraktor yang tinggal dibelakang rumah. Maka dia seringkali hilang pabila orang semua sibuk didapur. Bibik tidak sampai hati mahu membiarkan ibu mertua Bibik sibuk saorang diri didapur. Jadi terpaksalah Bibik menahan sakit pinggang dan kaki kerna terpaksa berdiri berjam-jam di dapur memasak soto dan bergedil untuk hidangan di pagi lebaran. Memandangkan kandungan Bibik telah masuk 6 bulan lebih ketika itu, berdiri sebentar sahaja pun sudah sakit pinggang.... Capek Bibik... Capek...

Pada pagi lebaran, rumah mertua Bibik sungguh sesak dikunjungi oleh adik-beradik bapa mertua Bibik. Dan pada masa itu jugalah bida telah mengambil kesempatan untuk menghilangkan diri!

Siapa yang terpaksa bertugas didapur? Siapa lagi kalau bukan Bibik!!!

Dengan baju yang glamour2 itu, Bibik terpaksa lah membasuh pinggan and mangkuk kerna supply yang tidak cukup. Pabila tetamu sudah pulang baru kami tahu rupa-rupanya bida telah bercanda di belakang rumah memberi teman lelakinya makan soto dan berdegil yang kami penat masak.... waduhx3.... panas baran Bibik dibuatnya...

Pada petang itu jugalah kami dikabarkan bahawa bida dan teman lelakinya itu bercadang untuk berkahwin dalam masa 10 hari lagi.... Dan kami sangkakan bida itu masih lagi berkahwin (suami dan 2 anaknya ada di Indonesia)! Tetapi mengikut bida, mereka tidak lagi sah sebagai suami isteri karna telah lama dia tidak pulang ke Indonesia... Macam itu punya orang pun ada kaaa...

Bapa mertua Bibik terpaksalah merestuinya karna jika tidak mereka bercadang untuk lari. Kami tidak mahu si bida itu lari karna dia sungguh pandai melayan nenek dan adik ipar Bibik. Dan dia juga pandai memasak.

Begitulah cerita lebaran Bibik pada tahun ini. Sungguh 'menarik' bukan....

Oh ya.. tahun ini Bibik tidak mempunyai baju raya yang baru. Semua baju tidak boleh dipakai lagi. Mahu dibuat baju baru, sayang karna nanti tidak boleh di 'recycle' selepas melahirkan nanti. Jadi terpaksalah Bibik meminjam baju2 Ibuk yang dulu nya Bibik sangka besar, tetapi sekarang muat-muat saja untuk Bibik. Sedih juga dibuatnya...

Tahun ini kami beraya 2 setengah orang. Tahun hadapan bertiga! Tidak sabar rasanya Bibik untuk menunggu kehadiran lebaran tahun hadapan. Jika panjang umur, dapatlah bibik memakaikan mini samping dan songkok kepada orang yang ketiga itu.... waduh.. seronoknya kannn...

Itu sajalah coretan Bibik buat kali ini. Diharapkan kalian semua telah beraya dengan gembira. Sehingga kita ketemu dilain hari... Daaaaa....




bibik: capek....

2 comments:

Anonymous said...

kami masih setia membaca the bibik raya diaries ;)

FairyGodmother said...

owh!

its gonna be a BOY!!!!

yay!

n why the *toot* are you the one who has to do the dishes?!

you are pregnant!

(macam case aku jek ni)

you shouldnt be in the kitchen doing heavy manual labour.

ask hubby to do it.

as for the bida, err...

i pun rendered speechless