Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V
Salam sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca semua....
Iya, Bibik kembali lagi untuk menceritakan sambutan Hari Raya Bibik pada tahun ini. Bibik tidak terlupa untuk mencoretkan kisah Bibik pada tahun ini, walaupun Bibik sudah menjadi "Mrs. Bibik". Bibik mintak maaf diatas kelewatan coretan ini karna terlalu banyak benda yang harus Bibik selesaikan sebelum Bibik dapat betul-betul concentrate untuk menulis di belog ini.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bibik beraya di rumah Ibuk sekeluarga pada tahun ini. Bibik telah berjaya memujuk suami Bibik untuk beraya di TTDI dahulu. Jadi kami berdua bermalam dirumah Ibuk bagi menolong Ibuk, Cik Puan dan BiJu dengan persiapan terakhir Raya.
Pada malam Raya itu, kami sekeluarga sibuk didapur! Potong lemang, perap ayam, potong sayur-sayuran untuk dibuat lodeh, dan banyak lagi. Sungguh ribut Bibik dibuatnya. Tetapi kami tetap bersuka-ria, usik mengusik antara satu sama lain. Sudah menjadi kebiasaan kami begitu setiap tahun. Yang jadi magsa iyalah BiJu.. :)
Pagi Raya kami semua ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Waduh... ramai bener umat di kampung Bibik yang keluar bersembahyang. Sehinggakan Bibik terpaksa sembahyang diluar majid, diatas lantai marmar yang sejuk bangat. Nasib baik kuthubah nya tidak panjang pada tahun ini. Mungkin tok imamnya, seperti Bibik, juga terbayang-banyang nasi impit dah kuah kacang yang sedang menunggu di rumah.
Tahun ini Bibik telah jalankan 'double duty' dimana Bibik berkhidmat bukan sahaja di rumah Ibuk, tetapi juga di rumah mertua Bibik pada hari yang sama. Alangkah terkejutnya Bibik pabila Bibik lihat rumah mertua Bibik penuh dengan tetamu ketika Bibik sampai ke Hulu Langat. Terus padam harapan Bibik untuk sama-sama pergi beraya dengan keluarga Bibik yang lain ke rumah sedara kami di Sepang. Dengan automatiknya Bibik terus kedapur dan menyapai sepan untuk membasuh pinggan-pinggan yang sudah menimbun banyak nya... Gawat Bibik... Gawat...
Tetamu yang hadir tidak putus-putus sehingga ke malam hari!
Pada tahun ini juga Bibik telah diajar oleh ibu mertua Bibik masakan-masakan kegemaran suami Bibik. Hendak tak hendak, terpaksa Bibik akur, duduk di dapur dan belajar. Jika tidak nanti susah... Gawat....
Kedengaran juga suara-suara sumbang yang menanyakan jika perut Bibik ini buncit karna berisi ataupun buncit karna banyak makan. Waduh waduh... Rimas betul Bibik pabila pertanyaan sedemikian diajukan kepada Bibik berulang kali... Mau saja Bibik sumbat mulut mereka dengan lemang sebuluh... Gawat Bibik... Gawat...
Pada dasarnya hari raya pada tahun ini sungguh meriah sekali bagi Bibik. Walaupun gawat sentiasa, tetapi Bibik rasakan ianya sungguh bermakna sekali. Terutama sekali inilah pertama kali Bibik beraya sebagai seorang isteri. Keperluan suami semua berjaya Bibik jaga dan penuhi. Tambahan lagi, keluarga baru Bibik telah menerima Bibik seadanya dan sangat baik terhadap Bibik. Alhamdulillah.....
Diharap teman sekalian juga telah menempuhi hari raya pada tahun ini dengan baik. Jika ada cerita menarik, ceritakan lah kepada Bibik. Bibik ini memang gemar mendengar cerita, terutama sekali gossip-gossip yang hangat....
Jika kelapangan, sila laa berkunjung ke teratak Bibik yang baru.
Hingga ketemu lagi di hari lebaran yang lain... Daaa.....
bibik binx: gawat.... gawat....
3 comments:
Hahaha...excellent post! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :)
Cheers!!! :D
hehe...
kelakar la post ni.
ketawa berderai sy dibuatnya :D
ohh the return of the bibik column...hehehe..sorry didn't say good bye aritue masa chat....i punye internet that tak betul...kejap discon kejap ok...fed up terus shutdown laptop
Post a Comment