Sunday, October 29, 2006

Hari Raya for Bibik - Part III



Part I | Part II


Alhamdulillah bulan Syawal telah kembali. Ini bermakna kita telah sudah menyempurnakan puasa selama sebulan. Itu pun kalau kalian semua berpuasa laa kan.. hehehe…

Tahun ini bibik telah pulang beraya ke Kelantan, setelah lebih kurang 2 tahun beraya di Kuala Lumpur sahaja. Perjalanan pulang ke kampung pada kali ini amat menarik sekali karna bibik memilih untuk pulang melalui jalan persisiran pantai Kuala Terengganu.




Ya Tuhan….. amat kagum sekali bibik melihat keindahan pantai. Lantas bibik tidak habis-habis mengambil foto permandangan yang indah itu. Bukan saja foto pantai, malah foto lembu yang melintas dihadapan mobil bibik, dan foto kambing yang sedang meragut rumput tepi jalan juga bibik ambil.



Memandangkan itulah kali pertama bibik melalui jalan itu untuk pulang ke Kelantan, bibik telah meminta jasa baik teman bibik agar melakarkan pelan perjalanan buat bibik. Pada mulanya agak mudah untuk bibik mengikut pelan tersebut. Tetapi lama-kelaman bingung jadinya karna mungkin bibik terlalu asyik memerhatikan permandangan disekeliling bibik dari menumpukan perhatian kepada pelan itu. Maka asyik sesat sajalah… Nasib baik lah jalan yang bibik lalui itu jalan mati, jika tidak, ya ampun…, mungkin bibik sudah sampai ke London ketika ini…




Setibanya bibik di rumah bapa saudara bibik di Kota Bahru, bibik sudah diberikan tugas untuk menggantung langsir.. Mentang-mentanglah bibik ini paling tinggi, disuruhnya memanjat tangga yang hampir separuh reput itu. Syukur bibik ini kurus, jadi tidaklah patah dua tangga nya.

Oleh karna bibik sudah kempunan kepingin makan McDonalds sejak bibik datang ke Kuala Terengganu, jadi bibik telah memujuk saudara bibik pergi ke McD yang berdekatan pada malam itu juga. Tetapi, bibik telah diduga karna terpaksa merenangi kesesakkan mobil-mobil yang banyak sekali. Ramai sungguh umat Kelantan yang baru pulang dari perantauan. Akhirnya kami sampai ke McD pada jam 11.45 mlm. Jika kami lewat 15 minit, mesti meraung bibik di situ karna McD disitu tutup pada jam 12 mlm.

Setiba dirumah, kami pun lantas membaham burger dan kentang goreng yang dibeli. Ya ampun…. Sungguh lazat sekali… Memang puas hati bibik dapat melantak begitu rupa..

Tetapi pada subuh keesokkan harinya, perut bibik telah dilanda angin puting beliung yang telah mengakibatkan bibik berkurung didalan jamban selama separuh hari. Ntah kenapa begitu, karna setahu bibik orang lain semua makan apa yang bibik makan. Kenapa bibik saorang saja yang kena? Nasib baik bibik diberi kekuatan untuk meneruskan puasa yang terakhir itu, walaupun lembik selepas habis segala isi perut bibik dikeluarkan.

Syukur sakit itu tidak berlarutan. Maka dapatlah bibik bermain bunga api dengan anak sepupu bibik yang baru pertama kali memegang bunga api pada malam raya. Seronok juga rasanya karna sudah berzaman bibik tidak bermain bunga api.




Bibik juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan tugas bibik didapur. Bibik telah berjaya meng’influence’ saudara bibik agar menambahkan menu nasi impit dan kuah kacang ke dalam menu lebaran mereka. Jika tidak, mereka selalunya hanya menyediakan menu nasi dagang sahaja pada pagi lebaran. Sungguh tidak kena lah pada pandangan bibik.. Raya kenalah ada ketupat dan kuah kacang. Lagi enak jika ditambah kuah lodeh dan rendang danging. Tidak ketinggalan, atas permintaan ramai, bibik terpaksa laa berhempas pulas di dapur untuk menyediakan chocolate brownies sehingga ke jam 3 pagi. Sungguh capekkk….

Lebaran pada kali ini bibik berkesempatan menyaksikan berbagai episode kehidupan yang selama ini tidak bibik endahkan. Bibik mula sedar bahawa tragedi yang berlaku didalam sesebuah keluarga adalah satu dugaan Tuhan kepada kita. Bibik sedar bahawa walaupun sesuatu itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tidak bermakna ianya tidak wujud. Bibik juga sedar bahawa perjalanan hidup ini memang sukar, walaupun berpandukan pelan perjalananan yang paling impressive.




Kini bibik telah kembali ke Kuala Terengganu dengan hidung yang tersumbat dan tekak yang amat gatal sekali. Demam….. Mungkin karna bibik telah dinaikkan pangkat menjadi supir pada Lebaran kali ini. Capek bibik dibuatnya. Didapur pun bibik nolong, di jalan raya pun bibik nolong.


the massive traffic in Kuala Terengganu




Bagaimakah Lebaran kalian pada tahun ini?


7 comments:

Amiruddin Karim said...

Bibik.. Boleh datang JB tak? Ada dua tingkap lagi nak pasang langsir.. Boleh??

Saya bagi bonus McD Value meal 3 set.. OK?

Heheh

Selamat Hari Raya!!!

Sofian said...

Selamat Hari Raya and maaf zahir batin, Binx. You create great photographs, did you know that? Grumpy old man signing off.

Anonymous said...

waduh waduuhh, mewah gajinya bibik. kamu berkereta! :P

binx said...

pak amir:

pasang langsir pun kepingin panggil bibik? nggak buleh pasang sendiri kaaa?

buleh, tapi ongkos nya mesti byk ya karna sekarang harga petrol sudah mahal..
:p


pak totally depleted:

selamat hari raya kepada bapak juga ya! diharapkan lebaran tahun ini bagus buat bapak sekeluarga...

foto nya bagus ya pak? nggak laa.. bibik baru saja belajar cara guna camera SLR.. byk lagi teknik yg bibik harus pelajari.. tapi terima kasih ya atas pujian itu... kembang seluar bibik...
:D


ibuk teek:

ya laaaa... merantau jauh kan.. terpaksa laa berkereta..

semua kerja bibik buat.. nggak memilih gitu.. baru murah rejeki nya...
;)

MDR said...

pandai sungguh bibik mengambil fotograf ya! gue terpegun melihat semuanye..adakah ini 'sekill' yg dipelajari di Indon? *LOL*

ibuk tidak sempat bercontact sama bibik di Kota Bharu oleh karna terlalu sibuk melayan si kecil beraya tahun ini..tapi ibuk tetap mahu rasa brownies buatan tangan bibik yg sgt famous (sefamous amos kah agaknye?) itu.. :-D

binx said...

ibuk marinadelrey:

terima kasih ya atas pujian itu.. makin kembang rasanya seluar bibik ini.. sikit lagi mau koyak.. hehehe

iyalah.. bibik jugak mula2 kepingin juga melawat ibuk di KB.. tetapi jadual bibik juga penuh .. nanti ya bibik buat kan brownies nya.. tungguuuu....

:D

Anonymous said...

bik, tabik spring bik! Enak-enak gambar yang bibik ambil!!