Salam Aidil Adha buat pembaca sekalian...
Sekali lagi Bibik mampir ke belog ini untuk mencoretkan kisah lebaran Bibik pada kali ini.
Hari raya kali ini sungguh mencabar bagi Bibik karna Bibik terpaksa memasak segala juadah hari raya saorang diri. Buat pengetahuan kalian, mertua Bibik telah pergi menunaikan fardhu haji pada kali ini. Jadi, Bibik serta suami terpaksa menetap di rumah mertua Bibik sepanjang pemergian mereka selama sebulan setengah ini.
Tugas Bibik telah bermula sejak hari Sabtu lagi. Hari itu adalah hari jadi adik suami Bibik. Oleh karna ibuk mertua Bibik telah berpesan agar jangan lupa untuk meraikan hari jadi anak bongsu nya itu, Bibik telah memasakkan makanan kegemarannya: spaghetti bolognaise bersama meatballs. Iya Bibik memang pandai masak masakan orang Itali. Sedap nya sehingga licin mangkuk tau... :)
Hari itu juga Bibik telah diminta membuat popiah special Bibik. Oleh karna sudah lama juga Bibik tidak makan popiah, Bibik dengan sukarela membuatnya. Waduh, tidak sia-sia Bibik membuatnya karna semua orang suka sekali makan popiah Bibik. Adik suami Bibik sehingga menyatakan bahawa itulah popiah yang paling sedap dia pernah rasa! ehem.... Senyum Bibik sampai ketelinga.... :)
Pada siang Ahad pula Bibik telah memasak sambal tumis udang bersama petai dan juga burung puyuh goreng. Malamnya pula Bibik bikin ikan siakap stim limau dan telur dadar bersama cendawan. Memang seronok memasak jika ada orang yang gemar memakannya. Berbaloi rasa usaha Bibik...
Setelah selesai makan malam, Bibik telah mula memasak hidangan untuk hari raya keesokkan hari nya. Menu untuk hari raya kami sekeluarga ialah nasi himpit, kuah kacang special dan jugak sayur lodeh.
Oleh karna Bibik kepingin ingin memasak kuah kacang yang pernah dihidangkan oleh saudara Bibik dahulu, Bibik telah meminta resipi nya awal-awal. Rahsia kuah kacangnya ialah ia dicampurkan daging serta daun limau purut... Waduh waduh... Enak sekali kuah kacangnya. Sayur lodeh Bibik jugak menjadi walaupun inilah kali pertama Bibik memasak nya. Selama ini Bibik hanya menolong Ibuk Bibik menyiapkan rencah-rencahnya sahaja. Kali ini kiranya Bibik telah lulus kursus "practical" Bibik yaaa.
Baru sebentar tadi adik-adik telah meminta Bibik masakkan Maggi special Bibik untuk mereka. Jangan ingat Maggi itu tidak berkhasiat.. Cuba tumiskan bawang besar, cili padi serta halia dan kemudian masukkan campuran serbuk kari nya. Jika mau lazat lagi, campurkan beberapa kepingan wantan udang dan di biarkan mendidih. Campurkan juga telur dan sayuran sebelum dihidang... Memang lazat i tell youuuu... ooppsss.. Bibik terberbahasa mat salleh pula... :D
Jika kalian perasan, raya kali ini Bibik memang tugasnya didapur sahaja... Penat nya tuhan saja yang tahu. Tetapi Bibik sangat suka sekali dapat memasak untuk keluarga Bibik. Diharap pabila mertua Bibik pulang nanti, mereka dapat lihat yang anak-anak mereka tidak dibiarkan kelaparan, malah sekarang makin gemuk dan buncit.. hehehe... Itu termasuklah perut Bibik sekali....
Jadi itu lah korban Bibik pada tahun ini. Bibik telah berkorban masa rehat Bibik untuk menjaga keluarga suami Bibik. Bagaimana hari raya korban kalian?
bibik binx: takziah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh dan juga banjir...
No comments:
Post a Comment