Salam Aidiladha buat semua...
Sudah lama bibik tidak berkunjung ke belog ini ya.. Rindu juga bibik hendak bercerita tentang persiapan raya yang telah bibik buat kelmarin.
Oleh kerna bibik mempunyai perkerjaan tetap di siang hari nya, bibik terpaksa ke kantor awal soreh kelmarin. Majikan bibik tidak membenarkan bibik cuti kerna katanya bibik ini orang bandar, jadi tidak perlu cuti. Iya, majikan bibik itu memang kejam orangnya. Tetapi nasib baik tuan punya perusahaan telah membenarkan kami pulang pada jam 3 petang bagi membuat persiapan raya. Suka bangat bibik pabila mendengar perkhabaran tersebut.
Setibanya di rumah, bibik lihat
"bibik junior" atau lebih senang dikenali sebagai biju sedang sibuk mengupas bawang di meja makan. Kasihan bibik lihat dia. Seharian dia telah berkerja keras, pergi ke pasar membeli barang-barang dapur dan menyiapkan bahan-bahan untuk di masak untuk keesokkan hari nya.
Kononnya biju itu hendak menunjukkan
'sekill' memasak nasik tomat yang diperolehi nya ketika dia berada di
Perth, Ostrolia. Jadi ingin di jemput teman-teman nya pada hari raya untuk menjamu nasik tomat buatannya itu. Kerna itu lah dia berkerja keras sekali membuat segala persiapaan.
Melihat biju berkerja bersaorangan, kerna Ibuk masih perlu berehat dan tidak boleh berjalan banyak oleh kerna jari kaki nya yang patah masih belum pulih, bibik pun masuklah ke dapur dengan niat ingin membantu. Sedar-sedar bibik pulak yang menjadi tukang masak.
Aduh, pinggang bibik masih terasa sakit nya sehingga kini akibat berdiri daripada jam 5 petang hingga hampir jam 9 malam kelmarin. Mula-mula bibik hanya tolong sediakan kuah kacang untuk dimakan dengan nasi himpitnya sahaja. Nasi himpit nya telah bibik masak siang-siang lagi agar boleh Ibuk jamu untuk makan malam. Kemudian, tanpa bibik sedari, biju telah menyerahkan tugas memasak ayam masak merah untuk di jamu dengan nasi tomat nya kepada bibik. Rupa-rupanya dia tidak pandai masak ayam masak merah. Di
Ostrolia, dia hanya menggunakan khidmat Pak Berahim sahaja untuk menghidangkan sajian itu.. Sungguh keji sekali biju itu.. Ku sangkakan pandai.. Rupa-rupanya Pak Berahim yang pandai.
Goblok... dari atas kiri: kuah kacang yang masih panas dalam kuali; nasi himpit; biju dan ayam nya; nasi tomat biju yang sedang masak
Belum sempat siap bibik masak, biju telah keluar dengan pacarnya pergi ke jamuan Barbeku (
apa beku?) temannya.. Aduh.. habis siapa lagi yang tinggal untuk cuci semua kuali dan pinggan mangkuknya kalu bukan bibik? Nasib baik Cik Puan menolong. Jika tidak, memang boleh bikin pengsan bibik di situ juga. Bibik ini memang tidak gemar bab-bab mencuci ini. Kalu membuat kotor memang bibik pandai.. hehehe..
Jadi hari ini (
hari raya), biju telah berjaya mendapat tabik sepering daripada bibik kerna berjaya juga memasak nasik tomat nya (
walaupun terpaksa merujuk kepada beberapa pakar masak yang lain). Sedap jugak nasik nya. Bibik makan pun sampai tambah nasik nya 2 kali. Mungkin juga karna ayam masak merahnya yang sedap... hehehe...
Hari raya pada kali ini biasa sahaja bagi keluarga bibik. Selain memasak, membasuh dan makan, bibik juga telah bersama-sama 2 orang kanak-kanak kecil (
adik saudara) bermain teka perkataan (
word puzzle) yang sungguh asyik. Tidak bibik tahu yang bibik sebernarnya faham juga bahasa inggeris.. Mudah sahaja.. Malah bibik lagi pandai daripada budak-budak itu. Bapak mereka pulak telah mengajar bibik bagaimana hendak menyelesaikan teka nombor (
sudoku) yang kini sungguh porpular sekali. Asyik sungguh bibik melihat permainan itu. Ada juga bibik mencubanya, tetapi setelah 3 kali gagal nak selesaikannya, bibik
give-up.. Baik bibik pergi carik
sendukku daripada perah otak membuat sudoku itu begitu sekali...
Anak-anak khusyuk membuat word puzzle
Itu sahajalah catatan bibik pada kali ini. Hari raya masih belum tamat. Korban akan masih dijalankan dalam masa 3 hari ini. Di sini bibik ingin mengingatkan teman-teman semua - korban bukan sahaja dengan binatang, tetapi korban juga boleh dilakukan dengan berbagai cara. Apa-apa pun yang penting sekali, hati nya mesti tulus dan ikhlas ya..
Hingga ketemu lagi, salam ikhlas dari bibik.. Daa....