Tuesday, January 10, 2006

Hari Raya for Bibik - Part II



Salam Aidiladha buat semua...

Sudah lama bibik tidak berkunjung ke belog ini ya.. Rindu juga bibik hendak bercerita tentang persiapan raya yang telah bibik buat kelmarin.

Oleh kerna bibik mempunyai perkerjaan tetap di siang hari nya, bibik terpaksa ke kantor awal soreh kelmarin. Majikan bibik tidak membenarkan bibik cuti kerna katanya bibik ini orang bandar, jadi tidak perlu cuti. Iya, majikan bibik itu memang kejam orangnya. Tetapi nasib baik tuan punya perusahaan telah membenarkan kami pulang pada jam 3 petang bagi membuat persiapan raya. Suka bangat bibik pabila mendengar perkhabaran tersebut.

Setibanya di rumah, bibik lihat "bibik junior" atau lebih senang dikenali sebagai biju sedang sibuk mengupas bawang di meja makan. Kasihan bibik lihat dia. Seharian dia telah berkerja keras, pergi ke pasar membeli barang-barang dapur dan menyiapkan bahan-bahan untuk di masak untuk keesokkan hari nya.

Kononnya biju itu hendak menunjukkan 'sekill' memasak nasik tomat yang diperolehi nya ketika dia berada di Perth, Ostrolia. Jadi ingin di jemput teman-teman nya pada hari raya untuk menjamu nasik tomat buatannya itu. Kerna itu lah dia berkerja keras sekali membuat segala persiapaan.

Melihat biju berkerja bersaorangan, kerna Ibuk masih perlu berehat dan tidak boleh berjalan banyak oleh kerna jari kaki nya yang patah masih belum pulih, bibik pun masuklah ke dapur dengan niat ingin membantu. Sedar-sedar bibik pulak yang menjadi tukang masak.

Aduh, pinggang bibik masih terasa sakit nya sehingga kini akibat berdiri daripada jam 5 petang hingga hampir jam 9 malam kelmarin. Mula-mula bibik hanya tolong sediakan kuah kacang untuk dimakan dengan nasi himpitnya sahaja. Nasi himpit nya telah bibik masak siang-siang lagi agar boleh Ibuk jamu untuk makan malam. Kemudian, tanpa bibik sedari, biju telah menyerahkan tugas memasak ayam masak merah untuk di jamu dengan nasi tomat nya kepada bibik. Rupa-rupanya dia tidak pandai masak ayam masak merah. Di Ostrolia, dia hanya menggunakan khidmat Pak Berahim sahaja untuk menghidangkan sajian itu.. Sungguh keji sekali biju itu.. Ku sangkakan pandai.. Rupa-rupanya Pak Berahim yang pandai. Goblok...



Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

dari atas kiri: kuah kacang yang masih panas dalam kuali; nasi himpit; biju dan ayam nya; nasi tomat biju yang sedang masak



Belum sempat siap bibik masak, biju telah keluar dengan pacarnya pergi ke jamuan Barbeku (apa beku?) temannya.. Aduh.. habis siapa lagi yang tinggal untuk cuci semua kuali dan pinggan mangkuknya kalu bukan bibik? Nasib baik Cik Puan menolong. Jika tidak, memang boleh bikin pengsan bibik di situ juga. Bibik ini memang tidak gemar bab-bab mencuci ini. Kalu membuat kotor memang bibik pandai.. hehehe..

Jadi hari ini (hari raya), biju telah berjaya mendapat tabik sepering daripada bibik kerna berjaya juga memasak nasik tomat nya (walaupun terpaksa merujuk kepada beberapa pakar masak yang lain). Sedap jugak nasik nya. Bibik makan pun sampai tambah nasik nya 2 kali. Mungkin juga karna ayam masak merahnya yang sedap... hehehe...

Hari raya pada kali ini biasa sahaja bagi keluarga bibik. Selain memasak, membasuh dan makan, bibik juga telah bersama-sama 2 orang kanak-kanak kecil (adik saudara) bermain teka perkataan (word puzzle) yang sungguh asyik. Tidak bibik tahu yang bibik sebernarnya faham juga bahasa inggeris.. Mudah sahaja.. Malah bibik lagi pandai daripada budak-budak itu. Bapak mereka pulak telah mengajar bibik bagaimana hendak menyelesaikan teka nombor (sudoku) yang kini sungguh porpular sekali. Asyik sungguh bibik melihat permainan itu. Ada juga bibik mencubanya, tetapi setelah 3 kali gagal nak selesaikannya, bibik give-up.. Baik bibik pergi carik sendukku daripada perah otak membuat sudoku itu begitu sekali...



Image hosted by Photobucket.com

Anak-anak khusyuk membuat word puzzle



Itu sahajalah catatan bibik pada kali ini. Hari raya masih belum tamat. Korban akan masih dijalankan dalam masa 3 hari ini. Di sini bibik ingin mengingatkan teman-teman semua - korban bukan sahaja dengan binatang, tetapi korban juga boleh dilakukan dengan berbagai cara. Apa-apa pun yang penting sekali, hati nya mesti tulus dan ikhlas ya..

Hingga ketemu lagi, salam ikhlas dari bibik.. Daa....


9 comments:

Anonymous said...

waduh bik,

rajin sekali deh membantu biju...

kok ada nasik lebey harus dihantar ke mari... hahahaha

ubisetela said...

Bibik, bukan Biju sahaja yang dibantu PakBerahim diperantauan.. kadangkala ada juga dia ke rumah Ubi di Nuzeelan nolong Ubi masak.(aduss.. Binx bagi goblok sebijik!)

binx said...

pak raja:

bukannya rajin.. kasihan.. jika tidak dibantu, bibik juga tidak boleh makan.. hehehe

nasik lebey? rasanya semuanya sudah habis licin lah.. nanti suruh biju masakkan yg lain ya :p


ubisetela:

waduhx3.. itu pak berahim sungguh intanasional ya.. kemana saja dia pergi pasti nolong org masak ya? satu hari bibik mahu ketemu itu pak berahim.. minta kerja dgn bibik.. hehehe

Azmir Ismail said...

waduh, sedap sekali masakannya ya :D gue pun ingin juga :P

Org mcm bibik ini la yg ingin dibuat isteri ..masak memasak bagus sekali :-)

Definisi bibik ttg korban itu bener sekali :D

binx said...

bapak tigaanamtujuh:

waduh.. pak berahim lagi! kalu itu pak berahim dtg ke rumah bapak.. sila suruh dia ke rumah bibik ya.. ingin sekali bibik ketemu dgnnya lah...

pasal sudoku itu.. sebenarnya ianya sungguh mudah.. tetapi pabila sampai ke 2 kotak terakhir bibik sudah give-up.. cuba bapak lihat tempat sarang(website?) ini.. http://www.sudoku.com
ada diberi penerangannya disitu.. kalu sudah pandai nanti, diajarin bibik pulak ya..


bapak ome sejuk:

isteri? hahahaha... masak bagus boleh bikin isteri ya? kalu tak suka kemas bagaimana ya?
:p

MDR said...

waduh! terliur sungguh gue melihat menu aidil adha bibik! hampir buleh dirasakan kesedapan nasi tomat dimakan bersama ayam masak merah! geli hati juga gue baca tentang bibik dibuli biju..hidup pak berahim!

binx said...

ibuk marinadelrey:

ibuk mengandung memang teliur saja bila dgr pasal makanan.. walaupun makanan itu sebenarnya takde laa sedap mana.. hehehe..

aduh.. ibuk juga kenal sama itu pak berahim? tidak....! :p

Anonymous said...

hola..

thanks for the recipe..i made nasi tomat and ayam masak merah as well. jadik!!! hahhaha..nasib baik. havent cooked for 4 mths!

eddycute

binx said...

eddycute:

hey... that's great.. now u can start ur very own nasi tomato stall in capetown ;-)

actually, the recipe for the nasi was frm bibik junior.. which she cilok frm a magazine.. hehehe..

so masak apa next? nasi ayam?